Monday, March 3, 2008

Kalau dah ke Parit Buaya...


Alang-alang ke Parit Buaya, teruskan sahaja jalan ke Parit Jawa (tengok peta). Parit Jawa adalah sebuah pekan ke arah selatan Bandar Muar, yang sangat terkenal dengan asam pedas...

terdapat banyak kedai makan yang menjual asam pedas yang membuka perniagaannya berselang-seli 24 jam. yang dalam gambar ni ialah kedai asam pedas yang masuk dalam jalan-jalan cari makan (JJCM TV3)

peh rugi sapa tak datang...betul-betul howliow...

Thursday, February 7, 2008

Parit Buaya Di Peta Muar


Parit Buaya dalam jarak lingkungan 5 km dari Bandar Maharani (Muar). LIhat peta, Parit Buaya adalah terletak antara Bandar Muar & Pagoh. So, itu Palit Buaya ah, kira bandar ah.. wah banyak untung wooo itu olang kampung, tanah manyak mahal wooo..

Kat Mana Parit Buaya Tu?


Ishhh, jangan lah buat malu kawan... sebut je Parit Buaya ni, orang Muar tau leeee... Al-maklum je lah... dah ada Hi-Way. Untuk makluman, Jalan Lingkaran Muar (Hi-Way) (dari Jambatan Muar Ke-2 di Parit Bunga/Bukit Treh ke Parit Jawa) membelah Kampung Parit Buaya kepada 2 bahagian. So, kalu tak perasan juga signboard Parit Buaya tu, amat malang la..

Nak tengok gambar Jambatan Muar Ke-2 (pehhh macam Jambatan Pulau Pinang youuuuu)

Cantik Jalan di Parit Buaya


Ya! Betul. Jalan Kampung Parit Buaya cantik. Lurus dan luas. Kenderaan pun laju-laju...

Thursday, January 31, 2008

Bab Ni Yang Best....


Yahoooo!!!! Inilah bab yang best sekali (terutama bagi budak-budak) bila ikut Majlis Marhaban... MAKANNNNN.

Setiap rumah yang diziarahi untuk Marhaban, akan dijamu dengan pelbagai makanan, kuih muih dan air... boleh pecah perut kalau tak memilih...

Thursday, January 17, 2008

MARHABAN - Apa itu MARHABAN?


MARHABAN adalah majlis berziarah dari rumah ke rumah sempena AIDILFITRI. Selalunya dilakukan pada Hariraya yang kedua sehari suntuk (kaum lelaki - budak-budak hingga ke orang tua - semualah) mulai jam 8 pagi habis jam 6 petang. Bagi kaum perempuan selalunya dibuat pada Hariraya ketiga lepas Zohor dan bersambung Hari keempat, juga lepas Zohor). Semua rumah di kampung akan diziarahi.

Kekalkan Marhaban Setiap Aidilfitri


Kampung Parit Buaya masih mengekal Majlis MARHABAN setiap setiap Aidilfitri. Camana Majlis MARHABAN ni? Apa MARHABAN tu?

Wednesday, January 16, 2008

Apa Istimewanya Parit Buaya Ni?

Ha ha soalan cepumas tu...

Saper nak jawab?

Tuesday, January 15, 2008

Ho Ho Steady lah Orang Parit Buaya Semua

Jom semua orang kampung kita, Kampung Parit Buaya Sungai Terap Bukit Pasir 84300 Muar Johor, (mak aii, panjangnya nama kampung) meh kita sama2 TAKE ADVANTAGE (kata orang Jawa) gunakan teknologi ICT ni.

Kita bangunkan silaturrahim kita dalam alam maya.

Dah le nak jumpa setahun sekali pun payah, kat blog ni pun dah kira ok la...